Sunday, March 1, 2009

Inspirasi Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Hari ini saya mahu buat satu analogi untuk menerangkan hubungan anda, pelajar politeknik dengan pensyarah anda. Guru dan murid, pensyarah dan pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi ibarat cikgu sekolah memandu dan pelajarnya. Anda, apabila belajar memandu, akan ikut dan dengar cakap cikgunya, dan segala peraturannya.



Pendek kata, untuk mendapatkan lesen memandu [Lesen L] anda kena jadi skema, kena 100% ikut cikgu anda, sebab cikgu anda lagi hebat dan terer pada waktu itu. Tetapi, selepas dapat lesen L, anda akan jadi lebih hebat, jauh lebih hebat daripada cikgu anda. Laju anda lagi dahsyat dari laju dia. Dan ada yang jadi pemandu pro di litar-litar lumba di mana-mana.


Jadi, saya tampilkan di sini sebagai contoh dan inspirasi kepada anda, seorang senior anda yang sekarang menjadi lebih hebat dari pensyarahnya dalam bab design-mendesign, yang sekarang sedang belajar di UTeM. Perkenalkan
Mohd Razif Bin Mustapha. Check it out blog beliau di www.popshovans.com. Atau klik saja Popshovans di my blog list saya. Moga mendapat inspirasi dan idea serta pengetahuan dalam bidang design daripada senior anda ini, Insya-Allah.





Kalau tak mula satu, mana nak bilang dua. Kalau tak eja A, mana nak pandai tulis baca. Justeru pelajar yang dikasihi, hormatilah cikgu atau atau guru atau pensyarah anda biar siapapun dia, dan anda, teruskan sehingga menjadi pro. Bangganya seorang guru bilamana anak muridnya jadi somebody dan lebih hebat darinya.

Salam hormat
@buya

1 comment:

  1. Thanx for the feature entry about me. Sy amat-amat terharu dan bangga jugak, pensyarah2 sy dulu di politeknik masih mengikuti perkembangan sy. Terima kasih byk2 en. buya, en rizal, en hafiz, en khairul dan pensyarah2 lain yang pernah ajar sy dulu, tanpa diorang rasanya sampai sekarang sy tak ke mana-mana dan tak capai apa-apa kemajuan. Saya masih belajar dan akan terus belajar, mana yang bleh sy kongsi insyallah sy kongsi. just pesanan simple dari sy untuk junior2 di PSMZA. Buat something biar minat dan passion, dan jgn sesekali buat kerja sekerat jalan. Kalau ada impian, cuba pikir cara bagaimana caranya, jgn ada mental blok. Yeah! huhuhu. Selamat maju jaya, dan teruskan usaha. "Art itu jiwa"

    ReplyDelete