Tuesday, January 20, 2009

Salam Ukhuwwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang
Maha Pengasih

PSMZA, 12 Januari 2009 — Selamat datang ahlan wasahlan marhaban bikum dan salam ukhuwwah — itulah ucapan tulus ikhlas daripada warga PSMZA amnya dan warga JTMK khususnya kepada anda semua. Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna di dalam diari kehidupan anda yang baru mendaftarkan diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abdin atau ringkasnya PSMZA sebagai pelajar IPTA, pelajar PSMZA dan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi atau ringkasnya JTMK. Hari ini juga para ibubapa dengan linangan airmata dan dengan penuh rasa bangga bersama-sama menghantar anda, anak-anak mereka ke PSMZA, institusi yang bakal mendidik dan mengasuh anda selama 2 atau 3 tahun akan datang. Besarlah sungguh harapan mereka untuk melihat kejayaan anda di sini. Besarlah juga harapan mereka kepada kami dengan menyerahkan anda untuk dididik dan diasuh oleh kami, tenaga pendidik di PSMZA ini. Demikian jugalah besarnya harapan kami di sini agar anda bersedia untuk menerima dan melalui proses pembelajaran dan pengajaran di sini.

Ketua Jabatan, para pensyarah, staf dan para pelajar senior serta seluruh warga JTMK mengalu-alukan kedatangan anda dari seluruh pelosok negara. Pesan daripada kami — belajar sungguh-sungguh, main (riadhah) jangan lupa. Main-main juga, solat jangan tinggal. World, world juga, akhirat jangan lupa. Pesan kami lagi — jangan mmalah, jangan bbaloh, jangan mmaing, belajo mmolek.



Kata-kata aluan di atas adalah rencana editor untuk buletin JTMK, Inforange edisi yang pertama sessi pengajian Januari 2009. Buletin tersebut didesign menggunakan Adobe PageMaker dan diconvertkan ke format pdf untuk dipaparkan di internet. Justeru, anda boleh membaca, cetak dan download buletin tersebut di [in progress]. Entri ini sebenarnya adalah proses saya belajar bagaimana untuk kita download fail atau bahan-bahan menggunakan blog. Untuk download saya terpaksa upload Inforange edisi pertama ini ke laman web Google dan satu lagi, saya explore blog wordpress dan mendapati ada kemudahan untuk upload dan download fail-fail format pdf dan sebagainya, lagi mudah - satu ilmu baru, alhamdulillah. Jadi, setakat yang saya belajar hari ini saya dapati blogspot tidak ada kemudahan tersebut. Tak tahulah kalau ada, orang yang belajar ini pun belum khatam lagi. Tapi tak mengapa, saya positif. Bak kata orang-orang tua kita dulu, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Begitulah aturan-Mu ya Allah. Di celah-celah kesibukan masa ini, diberinya ilham, ditambahnya pengetahuan. Lantas, bagaimanakah aku tidak berterima kasih kepada-Mu ya Allah.

Segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam


Salam hormat

@buya

Monday, January 19, 2009

Tugasan Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang





Ke hadapan pelajar yang dihormati dan dikasihi sekalian. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, dapat saya menggunakan ruang yang ada ini untuk kemudahan anda semua. Moga Allah SWT merahmati anda sekalian.

Pada semester ini, saya akan mengajar dua kelas SIT2-S2 dan DIP3-S2 untuk modul desktop publishing termasuklah pelajar semester akhir DIP6-S2 untuk modul projek ICT.

SIT2-S2 dan DIP3-S2
Untuk subjek DTP, fahamkan arahan tugasan ini yang mesti dilaksanakan ketika anda sedang bercuti. Tugasannya agak simple tetapi perlu dibuat secara individu serta pohon sedikit komitmen daripada anda.

Arahan Tugasan 1
Anda dikehendaki mencari 5 jenis material yang mempunyai design yang menarik dan kreatif yang nanti akan dire-design menggunakan Adobe PageMaker. Pastikan anda mencari bahan-bahan yang anda yakin boleh didesign semula. Justeru itu, tugasan pertama ini, selain bertujuan untuk membuka mata dan minda anda terhadap benda-benda kreatif, anda juga dilatih menggunakan visual atau mata, penglihatan anda untuk menilai samada bahan tersebut menepati ciri-ciri design yang baik atau sebaliknya. Berikut adalah 5 jenis material yang dikehendaki:
  1. Brochure
  2. Kad Perniagaan
  3. Manual Pengguna
  4. Flyer
  5. Keratan akhbar
Ya, 10 markah akan diberikan jika anda berjaya mencari kesemuanya dengan syarat menepati ciri-ciri design yang baik. Tugasan yang cukup mudah untuk markah yang maksima. Selain tujuan-tujuan tadi, tugasan ini juga mengajar anda untuk mendapatkan ilmu ikhlas. Ingat ya murid, buat di waktu cuti bukan sewaktu kembali dari cuti. Cuti-cuti juga, kerja jangan lupa. World-world juga akhirat jangan lupa.

Salam hormat
@buya

Cuti dan Tugasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Teringat saya sewaktu belajar dahulu samada di sekolah, politeknik dan ketika di universiti - apabila tibanya musim cuti, satu perkara kita terpaksa buat ialah homework atau tugasan yang diberikan oleh cikgu atau cik. Meskipun namanya tugasan atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan di rumah atau pada masa cuti, ghalibnya tugasan tersebut akan disiapkan selepas naik cuti. Bukan di rumah pun, bukan masa cuti pun. Tetapi sehari sebelum atau pada malamnya sebelum tarikh hantar esoknya.

Dan saya sebagai seorang yang barangkali mempunyai kalau tak banyak pun, sedikit sense of design, pasti akan menghantar tugasan tersebut dengan elemen-elemen grafik menggunakan Adobe PageMaker. Ya, bakat melukis dan mendesign ini sebenarnya telah lama diasah dan diasuh sejak dari sekolah tadika lagi. Seringkali, lukisan saya akan dipaparkan di belakang kelas dan sering mengambil bahagian di dalam pertandingan dan acara melukis.

O ya saya sebelum sambung belajar di universiti telah bekerja selama lima enam tahun di Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kerja yang saya buat ialah freelance graphic designer selain trainer komputer dan sedikit kerja sales and services. Perisian grafik yang saya paling mahir pada masa itu ialah PageMaker. Apa kerja pun saya buat menggunakan PageMaker.
Jadi, tidak hairanlah kalau ketika menghantar tugasan pun, pengaruh seni melukis itu masih kelihatan di mana-mana. Buat tugasan pakai PageMaker, buat surat pun pakai PageMaker.

Sebut tentang cuti, teringat kembali ketika saya bersekolah asrama penuh dahulu. Bersemangat, bawa balik satu beg penuh buku untuk dibaca pada masa cuti tetapi sudahnya dengan beg-begnya tak pernah disentuh pun. kemudian, cikgu saya berpesan jangan bawa balik banyak buku bila cuti sebab tak akan dibacanya juga - bawa hanya satu buku latihan matematik, bukan moden tetapi tambahan. Saranan yang baik namun yang satu itu pun tak terbuat juga.
Ada kawan saya menambah, "Kalau begitu, cuti cuti sajalah, dah nama pun cuti sekolah, tak payah kerja-kerja rumah ni!".

Justeru, pada minggu hadapan, pelajar saya akan bercuti - raya cina. Bagaimanapun, mereka tidak akan balik dengan tangan kosong. Mereka bukan budak sekolah lagi, mereka pelajar politeknik - pelajar IPT. Saya akan bekalkan mereka dengan sedikit homework yang mudah-mudah saja - yup, cari material seperti brochure yang menarik dan kreatif dan yang pastinya nanti akan dire-design menggunakan Adobe PageMaker.
Selamat bercuti semua - Kong He Fat Choy!


Salam kreatif
@buyon