Monday, March 23, 2009

Kuiz 3

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

RED ALERT III


Telah selesai topik Typography, jadinya saya akan mengadakan Kuiz ketiga F3804 untuk DIP3-S2 pada esok hari (maaf ya lambat update tetapi saya sudah maklumkan sebelum cuti tempohari yang saya akan membuat ujian) pada Selasa 24hb Mac 2009, BKE03. Jadinya, ujian akan dibuat pada minggu hadapan ya, harap maklum. Topik kuiz 3 ini ialah typography termasuklah sedikit tambahan tentang typo yang akan dikuliahkan esok, Insya-Allah.

O ya untuk info yang tak hadir pada kuliah sebelum cuti saya sudah buat pop-kuiz tentang typography. Jadi, tanya-tanyalah rakan-rakan anda, manalah tahu keluar soalan yang sama.


Jadi, harap anda semua ready. Soalan lebih kurang soalan pop-kuiz dan macam biasa sepatutnya, anda sudah boleh menjangka soalan yang bakal ditanya.
"Hendak 1000 daya, tak mmbuh 1000 dalih."


Salam hormat,
@buya

Tuesday, March 10, 2009

Design for Maulidur Rasul

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang


Ini adalah dua design banner saya untuk perarakan dan pertandingan sempena sambutan Maulidur Rasul 1428/2007 peringkat Daerah Dungun. Terima kasih kepada kontinjen PSMZA yang terlibat terutamanya grup nasyid kita, Al-Quranic kerana dengan bersemangatnya bersalawat sehabis kuat dengan paluan kompangnya yang menggamatkan daerah Dungun. Dan kita menang, tempat pertama dengan hadiah serta RM1000, alhamdulillah.




Salam hormat
@buya

Sunday, March 1, 2009

Inspirasi Anda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Hari ini saya mahu buat satu analogi untuk menerangkan hubungan anda, pelajar politeknik dengan pensyarah anda. Guru dan murid, pensyarah dan pelajar di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi ibarat cikgu sekolah memandu dan pelajarnya. Anda, apabila belajar memandu, akan ikut dan dengar cakap cikgunya, dan segala peraturannya.



Pendek kata, untuk mendapatkan lesen memandu [Lesen L] anda kena jadi skema, kena 100% ikut cikgu anda, sebab cikgu anda lagi hebat dan terer pada waktu itu. Tetapi, selepas dapat lesen L, anda akan jadi lebih hebat, jauh lebih hebat daripada cikgu anda. Laju anda lagi dahsyat dari laju dia. Dan ada yang jadi pemandu pro di litar-litar lumba di mana-mana.


Jadi, saya tampilkan di sini sebagai contoh dan inspirasi kepada anda, seorang senior anda yang sekarang menjadi lebih hebat dari pensyarahnya dalam bab design-mendesign, yang sekarang sedang belajar di UTeM. Perkenalkan
Mohd Razif Bin Mustapha. Check it out blog beliau di www.popshovans.com. Atau klik saja Popshovans di my blog list saya. Moga mendapat inspirasi dan idea serta pengetahuan dalam bidang design daripada senior anda ini, Insya-Allah.





Kalau tak mula satu, mana nak bilang dua. Kalau tak eja A, mana nak pandai tulis baca. Justeru pelajar yang dikasihi, hormatilah cikgu atau atau guru atau pensyarah anda biar siapapun dia, dan anda, teruskan sehingga menjadi pro. Bangganya seorang guru bilamana anak muridnya jadi somebody dan lebih hebat darinya.

Salam hormat
@buya

Saturday, February 28, 2009

Certificate Design

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Rejected Design atau
Reject Design


Design sijil ini adalah last minute design. Jadi, ia tak pernah digunakan, tak sempat dihantar ke syarikat percetakan meskipun telah diberikan kepada person in-charge. Barangkali, design ini tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki. Namun begitu, saya suka design ini. Konsep yang simple, clean dan yang penting ada visual interest. Jadi, bolehlah saya katakan design ini adalah reject design, bukan reject shop ya.

Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Allah SWT, tidaklah kerja saya itu percuma saja kerana sijil ini akan re-design atas permintaan En. Faizol Abu Bakar untuk program polibrigednya. Tunggu hasilnya ya, Insya-Allah. Begitulah aturan Tuhan. Kita merancang tetapi Dialah yang menentukan
. Gerak kita, gerak Dia.


Ini pun reject design, tapi bukan reject dalam erti kata sebenarnya. Entah kerana masalah color printer yang remeh temeh terus tak digunakan cover design ini [kena tanya En. Rizal Asin].



Gambar jadi blurr, skala lari sebab saya cuba force justify [400px X 566px] selaras dengan kolum entry ini. Masalah ini berlaku jika design berskala poster atau portrait, ada idea sesiapa yang boleh selesaikan masalah saya ini.

Salam hormat

@buya

Friday, February 27, 2009

Slow But Sporty

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang


Kereta saya memang slow, but sporty. Jadi, jangan tanya saya kenapa tak beli model baru. Cuba lihat designnya. Pada saya, design KE20 itu sangat menarik. Payah nak jumpa sekarang. Bagaimanapun, design mata itu bukan sebab utama, design hatilah soalnya.

Salam hormat
@buya

Wednesday, February 25, 2009

Design for PSMZA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Anda sering melihatnya, tetapi ramai dari kalangan anda tidak perasan pun. Kalau perasan pun, tak tahu pula siapa
designernya. Jadi, inilah antara design saya untuk PSMZA. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula karya yang ditampal, digantung di mana-mana di tempat kerja kita. Moga anda mendapat sedikit inspirasi, moga-moga Allah SWT menambahkan lagi ilham, Insya-Allah.





Salam hormat
@buyon

Protege

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang





Kepada protege saya, sila sms saya ya. O ya untuk info semua pelajar dan ex-pelajar (alumni), saya telah dilantik oleh pihak pengurusan PSMZA sebagai pegawai alumni PSMZA. Justeru, mohon diwar-warkan kepada semua. Kepada semua ex-pelajar atau alumni PSMZA@PDT, sila email saya di [nanti akan diberitahu di sini, belum ada lagi email khas untuk alumni] untuk sebarang pertanyaan. Kepada protege saya, anda semua adalah alumni. Harap maklum.

Salam hormat
@buya

Tuesday, February 17, 2009

Design for Gaza

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Di bawah adalah design kain rentang atau pemidang atau banner dalam Bahasa Inggerisnya, untuk majlis Malam Sentuhan Kasih Puspanita sempena kutipan derma untuk mangsa kekejaman Israel di Gaza, Palestin yang telah berlangsung pada 14 Februari 2009.


Sungguh, Allah itu Maha Pengasih, diberikan waktu di tengah sibuknya, diberikan ilham di waktu buntunya. Alhamdulillah, di bawah ini adalah design banner dan bunting terbaru saya untuk Kempen RM1 Untuk Gaza [Program ini telah ditangguhkan] yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bersama kelab pelajar Jabatan di PSMZA.


Gambar-gambar tersebut saya download dari deviantart.com. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sedikit sentuhan kreatif. Moga anda semua mendapat inspirasi, Insya-Allah.


Salam hormat
@buya

Kuiz 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Red Alert II

Alhamdulillah, selesai sudah kuiz pertama. Oleh kerana kita telah selesai pula topik Principles of Design, maka saya umumkan Kuiz kedua F3804 untuk SIT2-2 dan DIP3-S2 akan diadakan pada minggu hadapan.

Serupa sekala, SIT2-S2 pada Isnin 23 Feb. 2009, BKE16. DIP3-S2 pada Selasa 24hb Feb. 2009, BKE03.
Topiknya ialah yang saya telah nyatakan di atas, Principles of Design. Untuk kuiz 2 ini, saya akan masuk lewat 15 minit, beri peluang kepada anda untuk last minutes study. Harap anda memanfaatkan masa yang diberi, Insya-Allah.

Jadi, harap anda semua ready. Soalan lebih kurang kuiz pertama. Sepatutnya, anda sudah boleh menjangka soalan yang bakal ditanya.

"Hendak 1000 daya, tak mmbuh 1000 dalih."


Salam hormat,
@buya


Wednesday, February 11, 2009

Kuiz 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Red Alert!

Kuiz pertama F3804 untuk SIT2-2 dan DIP3-S2 akan diadakan pada minggu hadapan.

SIT2-S2
pada Isnin 16 Feb. 2009, BKE16. DIP3-S2 pada Selasa 17hb Feb. 2009, BKE03. Tajuk, yup tajuk apa ya. OK, untuk kuiz pertama ini
saya bagi topik yang sonang je. Topik yang masuk ialah yang anda semua sudah belajar pada minggu ini - Element of Design atau Graphic Design Elements.

Jadi, bersedialah anda semua. Soalan sudah bocor, jangan tak jawab. Belek semula apa yang patut, baca semula apa yang dah disalin dan juga boleh download nota ppt [Graphic_Design_presentation.ppt] di kotak hitam di bawah sana, sidebar kanan.

"Hendak 1000 daya, tak mmbuh 1000 dalih."


Salam hormat,
@buya

Thursday, February 5, 2009

Tugasan 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Baca, baca!

Tugasan kedua
F3804 ialah tugasan yang saya namakan - Dokumen + Design.

[Dokumen] maknanya, anda kena menyiapkan satu dokumen – satu kajian tentang satu atau beberapa tajuk yang akan saya berikan. Kajian ini hendaklah ditulis di dalam BM dan dibuat secara group. Sebagaimana yang saya tegaskan, jika ada 10 group, tugasan tersebut mestilah mempunyai 10 versi yang berbeza, meskipun tajuk yang diberikan adalah sama. Justeru, apa yang perlu anda buat? Lu fikir la sendiri, hehe, opps. Ok, jangan biarkan anda diselubungi budaya copy & paste. Tugasan kita, kerja kita, kita buat la sendiri. Pertama, cari bahan sendiri (dengan group anda), buat terjemahan sendiri dan tulislah sendiri. Di sini, anda juga kena belajar ilmu ikhlas. “Alhamdulillah, dapat juga saya belajar ilmu ikhlas ya, dalam kelas PageMaker ni, tak sangka, hehe,” celah seorang kawan anda (namanya, rahsia) tatkala saya memberitahunya objektif lain tugasan ini.

Pastinya, sumber pilihan utama anda untuk dijadikan rujukan ialah internet, lebuhraya informasi. Justeru, pastikan anda mencatat sumber anda tersebut dengan lengkap, contohnya:


Puqtra Hairry, History of DTP, 2007
http://abuyonx.blogspot.com/design/history_of_DTP.html

Jika sumber anda ialah internet, maka biasanya anda kena berlagak menjadi mamat atau minah saleh sekejap. Bacalah dan fahamkan betul-betul dan kemudian, buatlah terjemahan dalam BM.

Baiklah, ada dua tajuk yang anda perlu kaji, cari bahan dan baca sungguh-sungguh. Pertama – History of DTP. Kedua – History of PageMaker.

[Design] maknanya, setelah selesai menulis tugasan anda, yang pastinya menggunakan Word, anda dikehendaki mengimport tulisan anda ke PageMaker. Di sinilah, design akan terhasil. Anda dikehendaki menghasilkan satu dokumen tugasan yang mempunyai elemen-elemen design dan memenuhi prinsip-prinsip design. Justeru, anda belum khatam lagi belajar PageMaker, jadi tugasan ini belum boleh dihantar lagi, tetapi siapkan dahulu menggunakan Word.

Bila nak hantar? Jangan risau nanti saya akan kabo tarikhnya. Soalan yang lebih penting, bila nak buat? Yup, anda sudah boleh bermula sekarang. OK, ilalliqat maasalamah.


Salam hormat,
@buya

Tuesday, January 20, 2009

Salam Ukhuwwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang
Maha Pengasih

PSMZA, 12 Januari 2009 — Selamat datang ahlan wasahlan marhaban bikum dan salam ukhuwwah — itulah ucapan tulus ikhlas daripada warga PSMZA amnya dan warga JTMK khususnya kepada anda semua. Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna di dalam diari kehidupan anda yang baru mendaftarkan diri di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abdin atau ringkasnya PSMZA sebagai pelajar IPTA, pelajar PSMZA dan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi atau ringkasnya JTMK. Hari ini juga para ibubapa dengan linangan airmata dan dengan penuh rasa bangga bersama-sama menghantar anda, anak-anak mereka ke PSMZA, institusi yang bakal mendidik dan mengasuh anda selama 2 atau 3 tahun akan datang. Besarlah sungguh harapan mereka untuk melihat kejayaan anda di sini. Besarlah juga harapan mereka kepada kami dengan menyerahkan anda untuk dididik dan diasuh oleh kami, tenaga pendidik di PSMZA ini. Demikian jugalah besarnya harapan kami di sini agar anda bersedia untuk menerima dan melalui proses pembelajaran dan pengajaran di sini.

Ketua Jabatan, para pensyarah, staf dan para pelajar senior serta seluruh warga JTMK mengalu-alukan kedatangan anda dari seluruh pelosok negara. Pesan daripada kami — belajar sungguh-sungguh, main (riadhah) jangan lupa. Main-main juga, solat jangan tinggal. World, world juga, akhirat jangan lupa. Pesan kami lagi — jangan mmalah, jangan bbaloh, jangan mmaing, belajo mmolek.



Kata-kata aluan di atas adalah rencana editor untuk buletin JTMK, Inforange edisi yang pertama sessi pengajian Januari 2009. Buletin tersebut didesign menggunakan Adobe PageMaker dan diconvertkan ke format pdf untuk dipaparkan di internet. Justeru, anda boleh membaca, cetak dan download buletin tersebut di [in progress]. Entri ini sebenarnya adalah proses saya belajar bagaimana untuk kita download fail atau bahan-bahan menggunakan blog. Untuk download saya terpaksa upload Inforange edisi pertama ini ke laman web Google dan satu lagi, saya explore blog wordpress dan mendapati ada kemudahan untuk upload dan download fail-fail format pdf dan sebagainya, lagi mudah - satu ilmu baru, alhamdulillah. Jadi, setakat yang saya belajar hari ini saya dapati blogspot tidak ada kemudahan tersebut. Tak tahulah kalau ada, orang yang belajar ini pun belum khatam lagi. Tapi tak mengapa, saya positif. Bak kata orang-orang tua kita dulu, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Begitulah aturan-Mu ya Allah. Di celah-celah kesibukan masa ini, diberinya ilham, ditambahnya pengetahuan. Lantas, bagaimanakah aku tidak berterima kasih kepada-Mu ya Allah.

Segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam


Salam hormat

@buya

Monday, January 19, 2009

Tugasan Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang





Ke hadapan pelajar yang dihormati dan dikasihi sekalian. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, dapat saya menggunakan ruang yang ada ini untuk kemudahan anda semua. Moga Allah SWT merahmati anda sekalian.

Pada semester ini, saya akan mengajar dua kelas SIT2-S2 dan DIP3-S2 untuk modul desktop publishing termasuklah pelajar semester akhir DIP6-S2 untuk modul projek ICT.

SIT2-S2 dan DIP3-S2
Untuk subjek DTP, fahamkan arahan tugasan ini yang mesti dilaksanakan ketika anda sedang bercuti. Tugasannya agak simple tetapi perlu dibuat secara individu serta pohon sedikit komitmen daripada anda.

Arahan Tugasan 1
Anda dikehendaki mencari 5 jenis material yang mempunyai design yang menarik dan kreatif yang nanti akan dire-design menggunakan Adobe PageMaker. Pastikan anda mencari bahan-bahan yang anda yakin boleh didesign semula. Justeru itu, tugasan pertama ini, selain bertujuan untuk membuka mata dan minda anda terhadap benda-benda kreatif, anda juga dilatih menggunakan visual atau mata, penglihatan anda untuk menilai samada bahan tersebut menepati ciri-ciri design yang baik atau sebaliknya. Berikut adalah 5 jenis material yang dikehendaki:
  1. Brochure
  2. Kad Perniagaan
  3. Manual Pengguna
  4. Flyer
  5. Keratan akhbar
Ya, 10 markah akan diberikan jika anda berjaya mencari kesemuanya dengan syarat menepati ciri-ciri design yang baik. Tugasan yang cukup mudah untuk markah yang maksima. Selain tujuan-tujuan tadi, tugasan ini juga mengajar anda untuk mendapatkan ilmu ikhlas. Ingat ya murid, buat di waktu cuti bukan sewaktu kembali dari cuti. Cuti-cuti juga, kerja jangan lupa. World-world juga akhirat jangan lupa.

Salam hormat
@buya

Cuti dan Tugasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Teringat saya sewaktu belajar dahulu samada di sekolah, politeknik dan ketika di universiti - apabila tibanya musim cuti, satu perkara kita terpaksa buat ialah homework atau tugasan yang diberikan oleh cikgu atau cik. Meskipun namanya tugasan atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan di rumah atau pada masa cuti, ghalibnya tugasan tersebut akan disiapkan selepas naik cuti. Bukan di rumah pun, bukan masa cuti pun. Tetapi sehari sebelum atau pada malamnya sebelum tarikh hantar esoknya.

Dan saya sebagai seorang yang barangkali mempunyai kalau tak banyak pun, sedikit sense of design, pasti akan menghantar tugasan tersebut dengan elemen-elemen grafik menggunakan Adobe PageMaker. Ya, bakat melukis dan mendesign ini sebenarnya telah lama diasah dan diasuh sejak dari sekolah tadika lagi. Seringkali, lukisan saya akan dipaparkan di belakang kelas dan sering mengambil bahagian di dalam pertandingan dan acara melukis.

O ya saya sebelum sambung belajar di universiti telah bekerja selama lima enam tahun di Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kerja yang saya buat ialah freelance graphic designer selain trainer komputer dan sedikit kerja sales and services. Perisian grafik yang saya paling mahir pada masa itu ialah PageMaker. Apa kerja pun saya buat menggunakan PageMaker.
Jadi, tidak hairanlah kalau ketika menghantar tugasan pun, pengaruh seni melukis itu masih kelihatan di mana-mana. Buat tugasan pakai PageMaker, buat surat pun pakai PageMaker.

Sebut tentang cuti, teringat kembali ketika saya bersekolah asrama penuh dahulu. Bersemangat, bawa balik satu beg penuh buku untuk dibaca pada masa cuti tetapi sudahnya dengan beg-begnya tak pernah disentuh pun. kemudian, cikgu saya berpesan jangan bawa balik banyak buku bila cuti sebab tak akan dibacanya juga - bawa hanya satu buku latihan matematik, bukan moden tetapi tambahan. Saranan yang baik namun yang satu itu pun tak terbuat juga.
Ada kawan saya menambah, "Kalau begitu, cuti cuti sajalah, dah nama pun cuti sekolah, tak payah kerja-kerja rumah ni!".

Justeru, pada minggu hadapan, pelajar saya akan bercuti - raya cina. Bagaimanapun, mereka tidak akan balik dengan tangan kosong. Mereka bukan budak sekolah lagi, mereka pelajar politeknik - pelajar IPT. Saya akan bekalkan mereka dengan sedikit homework yang mudah-mudah saja - yup, cari material seperti brochure yang menarik dan kreatif dan yang pastinya nanti akan dire-design menggunakan Adobe PageMaker.
Selamat bercuti semua - Kong He Fat Choy!


Salam kreatif
@buyon