Monday, January 19, 2009

Cuti dan Tugasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Teringat saya sewaktu belajar dahulu samada di sekolah, politeknik dan ketika di universiti - apabila tibanya musim cuti, satu perkara kita terpaksa buat ialah homework atau tugasan yang diberikan oleh cikgu atau cik. Meskipun namanya tugasan atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan di rumah atau pada masa cuti, ghalibnya tugasan tersebut akan disiapkan selepas naik cuti. Bukan di rumah pun, bukan masa cuti pun. Tetapi sehari sebelum atau pada malamnya sebelum tarikh hantar esoknya.

Dan saya sebagai seorang yang barangkali mempunyai kalau tak banyak pun, sedikit sense of design, pasti akan menghantar tugasan tersebut dengan elemen-elemen grafik menggunakan Adobe PageMaker. Ya, bakat melukis dan mendesign ini sebenarnya telah lama diasah dan diasuh sejak dari sekolah tadika lagi. Seringkali, lukisan saya akan dipaparkan di belakang kelas dan sering mengambil bahagian di dalam pertandingan dan acara melukis.

O ya saya sebelum sambung belajar di universiti telah bekerja selama lima enam tahun di Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kerja yang saya buat ialah freelance graphic designer selain trainer komputer dan sedikit kerja sales and services. Perisian grafik yang saya paling mahir pada masa itu ialah PageMaker. Apa kerja pun saya buat menggunakan PageMaker.
Jadi, tidak hairanlah kalau ketika menghantar tugasan pun, pengaruh seni melukis itu masih kelihatan di mana-mana. Buat tugasan pakai PageMaker, buat surat pun pakai PageMaker.

Sebut tentang cuti, teringat kembali ketika saya bersekolah asrama penuh dahulu. Bersemangat, bawa balik satu beg penuh buku untuk dibaca pada masa cuti tetapi sudahnya dengan beg-begnya tak pernah disentuh pun. kemudian, cikgu saya berpesan jangan bawa balik banyak buku bila cuti sebab tak akan dibacanya juga - bawa hanya satu buku latihan matematik, bukan moden tetapi tambahan. Saranan yang baik namun yang satu itu pun tak terbuat juga.
Ada kawan saya menambah, "Kalau begitu, cuti cuti sajalah, dah nama pun cuti sekolah, tak payah kerja-kerja rumah ni!".

Justeru, pada minggu hadapan, pelajar saya akan bercuti - raya cina. Bagaimanapun, mereka tidak akan balik dengan tangan kosong. Mereka bukan budak sekolah lagi, mereka pelajar politeknik - pelajar IPT. Saya akan bekalkan mereka dengan sedikit homework yang mudah-mudah saja - yup, cari material seperti brochure yang menarik dan kreatif dan yang pastinya nanti akan dire-design menggunakan Adobe PageMaker.
Selamat bercuti semua - Kong He Fat Choy!


Salam kreatif
@buyon

No comments:

Post a Comment